GVR 4.1 Installer..
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum..
Disebabkan ada permintaan suruh aku buat installer untuk GVR nie, jadik aku buat ahh satu..
Ada yang beritahu aku yang AVG dan beberapa AV lain detect GVR sebagai virus. Sebenarnya ia adalah kesilapan AV tersebut yang dipanggil “False Positive”.. Hal ini berlaku kerana Heuristik engine pada AV tersebut.
Apa itu Heuristik engine? emm.. dengan kata mudahnya, heuristik engine dibina untuk mengesan virus baru dengan mengesan beberapa perlakuan program yang discan.. contohnya, jika heuristik engine tersebut di-’setting’ akan detect mana2 program yang menggunakan arahan “delete” atau “format” sebagai virus. Jadi, apa-apa2 program menggunakan arahan “delete” atau “format” akan di detect sebagai virus.. Camtu ahh lebih kurang.. jadi, GVR 4.1 menjadi mangsa false detection oleh AVG dan lelain..
Untuk version installer nie, aku dah modified code GVR, jadik AVG dah tak detect sebagai virus.. Tapi Norman Virus Control dan Sophos Antivirus masih detect GVR sebagai virus.. huhu.. untuk version portable, nanti aku cuba ubah untuk bagi AVG xdetect sebagai virus..
per2 pon, semoga version installer nie memberi kebaikan kepada anda semua..
Direct-link From Geekzlife.Net
- GVR 4.1 Setup – [ Download ]
GVR 4.1 Release!
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum…
Akhirnya siap jugak GVR 4.1 setelah lama tak update.. Aku tak siapkan lagi detail info pasal apa yang baru dalam GVR baru nie, nanti dalam masa terdekat, InsyaAllah aku buat.. Tapi, tanpa info tu pon, aku rasa korang semua tahu secara kasar apa yang berubah bila guna sendiri version baru nie
GVR ni aku dah test dalam beberapa keadaan, dan stabil untuk Win XP SP3 @ SP2. Kat vista pon aku dah test secara kasar, dan memang tak der masalah untuk run GVR nie.. Kalau ada yang tak dapat guna kat vista tu, memang aku tak tahu masalah dia kalau tak bawak sendiri pc/laptop tu depan aku.. Tapi kalau nak bawak depan aku pon, rasanya susah gak, sebab aku memang sibuk gile semester nie.
Semester ni memang aku nak fokus bebetul kat pelajaran aku, sebab semester lepas result aku teruk giler, dan semester depan tak dapat PTPTN sebab aku terlalu “cemerlang” :P . Oleh kerana itu, masa untuk kajian GVR mungkin dimansuhkan sebab aku kejer part-time untuk biaya kos pelajaran semester depan.
per2 pon, harap anda semua menyukai GVR yang terbaru ini.. sekian..
SaveFile Link
Pengeluaran GVR 4.1 Ditangguhkan
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum..
Maaf kerana pengeluaran GVR 4.1 ditangguhkan untuk sementara waktu kerana beberapa sebab yang tidak dapat di elakkan. Harap bersabar.
GVR 4.1 coming soon..
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum.. lama aku tak update web nie. Sibuk dengan GVR baru + tambah ilmu baru. Untuk pengetahuan pengunjung sekalian, GVR 4.1 nanti adalah versi yang terakhir yang akan aku bangunkan menggunakan Visual Basic 6. Lepas ini aku nak bangunkan GVR dengan c++ pula. Sebab itulah aku mengambil masa lama untuk release GVR 4.1, untuk memastikan GVR 4.1 nanti “rasional” untuk 5-6 bulan akan datang.
Masa 5-6 bulan mungkin aku perlukan untuk membina GVR dalam c++ kerana membina GVR menggunakan c++ lebih sukar berbanding Visual Basic 6 selain ilmu aku dalam c++ masih sikit. Harap-harap berjaya ahh rancangan aku ini.. Amin…
Mengapa aku nak bina GVR guna c++?
C/C++ adalah antara bahasa pengaturcaraan yang terbaik dari segi “performance”. Untuk buat perisian Antivirus/Anti-malware/Virus remover, “performance” memang penting. Sebab apa penting? aku tak pandai nak terang camner.. Tapi, secara mudahnya, bila GVR di bina menggunakan c++, proses scanning akan lebih laju :).
GVR 4.1 mungkin akan keluar mungkin hari rabu atau khamis ini kalau tak der halangan.. insyaAllah…
Update:
Malwarebytes’ Anti-Malware
Posted in Software by ApoNieMalwarebytes’ Anti-Malware adalah perisian Anti-Malware yang berkesan untuk membuang pelbagai jenis malware seperti Rogue-Antivirus, Spyware, adware dan lain-lain malware. Secara peribadinya, software ini adalah salah satu software yang saya gunakan untuk membuang malware khususnya spyware dan rogue antivirus.
Saya telah menggunakan software ini untuk membuang spyware seperti Vundo, Spyware online games, Rogue Anti virus, dan lain-lain. Ianya memang berkesan.
Selain itu, Malwarebytes’ Anti-Malware juga menyediakan tool FileASSASIN yang mana ia digunakan untuk membuang (delete) file-file yang degil, yang tidak boleh dibuang secara biasa dalam windows.
Anda boleh menggunakan secara percuma software ini, boleh scan dan remove malware yang wujud. Tetapi untuk menggunakan fungsi “Real Time Protection”, anda kenalah beli software tersebut.
Untuk download dan maklumat lanjut, sila rujuk laman web utama Malwarebytes’ Anti-Malware disini:
Search
Download GVR 4.2 Beta
GVR Malware Definition
Twitter Updates
- line asyik putus September 8, 2010
- nak setup sebuah cc ape yang perlu berapa modal? September 4, 2010
- Tips lajukan torrent anda September 1, 2010
- windows xp dalam windows 7 dual boot August 28, 2010
- [JAVA] Error handling bila terima HURUF August 28, 2010



