Tips buang iklan di YM

Posted in Tips And Trick by ApoNie

Assalamualaikum…

Salah satu perkara yang aku tak suka bila guna YM ialah iklan yang kat bawah tu:

ymbanner

Untuk buang iklan nie, aku google dan jumpa satu cara yang berkesan. Khas untuk version dibawah nie sahaja:

9.0.0.2128 – [ Download ]

9.0.0.2112 – [ Download ]

9.0.0.2034 – [ Download ]

9.0.0.2018 – [ Download ]

Cara-cara:

  1. Download file diatas berdasarkan version yang anda sedang guna sekarang.
  2. Masuk ke folder “C:\Program Files\Yahoo!\Messenger”
  3. Carik file “YahooMessenger.exe” dan rename nama file dengan apa sahaja nama lain (contoh: YahooMessengerx.exe)
  4. copy masuk file exe yang anda download tadi ke folder tersebut dan renamekan namanya jadi YahooMessenger.exe.
  5. open YahooMessenger.exe.
  6. Siap :)

Selamat mengunakan YM tanpa iklan :)

credit to: Dave

Menganalisis Malware Menggunakan Sandbox

Posted in Tutorial by ApoNie

Assalamualaikum…

Apa itu sandbox? Sandbox atau dalam bahasa melayunya “Kotak Pasir” jika dikaitkan dengan malware adalah alat yang akan merekod semua aktiviti malware semasa berada didalam “kotak pasir” tersebut. Sandbox yang boleh pengguna guna untuk menganalisis malware secara umumnya ada 2 jenis, pertama web base, dan yang keduanya adalah application base.

Contoh application base adalah dengan mengunakan perisian sandboxie.  Salah satu tujuan Sandboxie dibina adalah bertujuan untuk melindungi pengguna dari serangan malware secara terus pada Windows pengguna. Namun begitu, ianya juga boleh dijadikan alat untuk menganalisis malware. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sandboxie, sila ke sini. InsyaAllah, jika ada keluangan masa, saya akan post tutorial cara menganalisis malware menggunakan sandboxie.

Contoh Web base sandbox pula ialah perkhidmatan sandbox yang disediakan laman web tertentu untuk menganalisis malware. Web base sandbox yang saya tahu ialah:

  1. Threatexpert
  2. Anubis
  3. JoeBox
  4. CWSandbox (Pautan 1, Pautan 2)
  5. Norman Sandbox

Sandbox kegemaran saya ialah adalah Threatexpert dan Anubis. Contoh report yang dihasilkan oleh anubis boleh dilihat disini.

Walaupun kita boleh menganalisis malware menggunakan sandbox, namun tidak semua malware yang dapat kita analisis secara tepat. Programmer malware yang mahir mampu mengaturcara malware beliau untuk tidak “beraksi” bila berada didalam sandbox. Teknik yang digunakan di panggil “anti-sandbox“. Untuk mengatasi masalah ini, biasanya penganalisis malware akan mengguna langkah altenatif, seperti membina sendiri sandbox untuk penggunaan sendiri dan menganalisis malware tersebut secara statik.

Saya tidak tahu banyak tentang cara menganalisis malware secara statik, masih belajar. Untuk menggunakan cara ini, anda perlu mahir dalam Reverse Coding Engineering (RCE). Untuk belajar RCE, ada kena tahu Assembly language (ASM). Biasanya software yang digunakan adalah IDA Pro Disassemble dan OllyDbg.

Setakat ini sahaja kali ini. Harap artikel ini memberi manfaat kepada pengunjung. InsyaAllah.

p/s: Artikel yang saya tulis diatas adalah berdasarkan kefahaman saya sendiri, tanpa rujukan khusus. Jika ada yang silap, harap ada yang menegurnya. Bolehlah sama-sama kita belajar. :)

Selamat Tahun Baru 2009

Posted in Home by ApoNie

Dimulakan dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyanyang serta selawat dan salam Rasul junjungan SAW..

Assalamualaikum..

Walaupun sedikit lambat, saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru dengan azam baru :)

Berkenaan dengan GVR 4.2, saya mohon maaf kerana saya agak sibuk skit sekarang, kerana saya sedang menjalani latihan industri pada semester ini.. Tak dinafikan, version 4.2 nie adalah sukar untuk dibina dengan tenaga kerja saya seorang dan nak membuatnya semakin rumit.. Harap pengunjung semua faham.. ;)

Saya sedang menjalani latihan industri di Mycert (CyberSecurity Malaysia) selama 6 bulan. Tugas pertama yang saya pilih semasa berada disini ialah membina Sandbox untuk menganalisis malware. InsyaAllah, dengan sandbox yang akan dibina ini, akan memudahkan saya untuk menganalisis malware.. :)

INFO

Untuk sesiapa yang nak cuba Windows 7 Beta, boleh download terus di laman web microsoft:

Download

Terbaru

Beta tester diperlukan untuk GVR 4.2

Posted in Home by ApoNie

Assalamualaikum…

Saya memerlukan beta testing untuk GVR 4.2. Harap maaf, masa untuk develop GVR 4.2 ini agak lama skit dari apa yang dianggarkan. Kerana sentiasa ada masalah baru muncul apabila tengah testing.. Fenings kepala otak ana… hehe.. terutama bab nak buat real time protection..  Macam-macam masalah timbul.. Ana perasan banyak rambut ana  gugur sebab fikir benda alah nie.. :-p .  Kepada sesiapa yang berminat untuk jadi beta tester, leh masuk ke sini untuk maklumat lanjut: http://forum.geekzlife.net/viewtopic.php?f=9&t=106

Untuk pengetahuan pengunjung, saya dan kawan-kawan ada membina satu web baru iaitu MalaysiAV.com. Tujuan utama laman web ini dibina adalah untuk memberikan infomarsi tentang masalah malware dan keselamatan yang menyerang pengguna terutama di Malaysia. Laman web tersebut masih dalam perbinaan, tetapi forum kami bina sudah mula beroperasi. Segala permasalahan/pengetahuan tentang malware, atau keselamatan lainnya boleh la anda dibincangkan disini : http://MalaysiAV.com/forum :-)

Harap semua pengunjung dapat memberi sokongan kepada laman web ini. :)


Terbaru:

Software Update Offline Windows

Posted in Software by ApoNie

Assalamualaikum…

Tak dinafikan bahawa update windows adalah penting, salah satu sebabnya adalah untuk tujuan keselamatan komputer dari serangan malware. Ada sesetengah malware mempergunakan Bugs(kesilapan, kelemahan dll)  dalam windows untuk tujuan yang tidak baik.

Software yang akan digunakan ialah c’t Offline Updater. Anda boleh mengunakan software ini untuk update windows dan Ms office. Software ini mesra penguna dan mudah digunakan. Rasanya tak perlu saya membuat tutorial cara mengunakan software ini.

Untuk download dan maklumat yang lebih lanjut, boleh ke web ini:

http://www.heise.de/ct/projekte/offlineupdate/download_uk.shtml

Search

Download GVR 4.2 Beta

GVR Malware Definition

Twitter Updates

ShoutBox

Hosting Sponsor By

Langgan GeeKzLife.Net

Enter your email address:

Pautan