Auto update definition setiap masa!
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum..
Daripada feedback yang saya dapat, GVR 4.2 Beta berfungsi dengan baik. Jadi saya syorkan anda menggunakan GVR 4.2 untuk sementara waktu ;). Leh download GVR 4.2 Beta Disini:
Berdasarkan tajuk post, sebenarnya saya dah lama merancang untuk membuat satu software yang automatik update virus definition setiap kali menjumpai signature dan malware terbaru di internet. Oleh itu, virus definition GVR akan sentiasa update tanpa kendalian saya. Alhamdulillah, saya dah berjaya siapkan software tersebut. Sekarang nie pon dah “ON” program tu. Dengan fungsi silent update dalam GVR 4.2 Beta, maka anda tak perlu nak susah-susah update secara manual signature terbaru.
Jadi, Sekarang nie, GVR dah melangkah selangkah kedepan dengan adanya Realtime Protection dan signature yang sentiasa diupdate.
Saya masih ada banyak projek dan aidea lagi untuk pembagunan GVR, sama-samalah doakan supaya semua itu dapat direalisasikan.. amin…
GeeKzLife.Net Kembali..
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum..
Komputer saya sekarang dah ’sihat’.. Terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan kepada saya. Sumbangan anda amat dihargai
Entah apa lah malangnya nasib saya ini, masalah baru muncul. Hardisk saya rosak, semua coding terbaru saya termasuk lah GVR 4.2 turut menjadi mangsa. Saya pernah buat backup sebelum ni, tapi backup tu dah lama. Yang ada hanya coding GVR sebelum keluaran GVR 4.2 Beta. Memang jauh ahh beza antara coding yang backup tu dengan yang terbaru. Adeh… memang penat ahh nak buat balik.. dah ahh sorang2.. sob3.. (TT) ..
data-data lain yang penting pon turut lesap.. sob2
Kadang-kadang ada gak terfikir nak stop buat GVR nie, nak buat software lain plak ahh, yang tak sakit kepala, cam sistem pendaftaran kolej, sistem penyelanggaraan parking, sistem tadbir pusat tution, yang jenis tak perlu nak update, xperlu nak kaji kernel lah, hookinglah, API, virus, trojan, rootkit, worm, yang boleh mengugurkan rambut bila mempelajarinya…
Tapi mengenangkan ramai yang memberi sokongan kepada saya, saya cuba kuatkan diri untuk teruskan develop GVR.. Walaupun mungkin terpaksa menambah ketebalan spek mata, megugurkan rambut dan janggut saya..
Saya meminta maaf kerana GVR 4.2 xleh nak release dalam masa terdekat. Dah banyak kali cakap nak release, tapi apa kan daya, saya berusaha, Allah menentukan. Sama-sama doakan saya supaya dapat code GVR dengan baik.. Amin….
GeeKzLife.Net ‘Cuti’ sehingga diberitahu..
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum…
Aktiviti web termasuk update GVR ‘bercuti’ sehingga diberitahu kerana komputer saya sudah rosak. Komponen yang rosak adalah processer dan motherboard :(. Bajet untuk tujuan nak membaik pulih komputer masih samar lagi.
Oleh itu, sesiapa yang ingin memberi sumbangan kepada saya amatlah dialukan. Kepada mereka yang memberi sumbangan dan yang telah memberi sumbangan, bila komputer saya dan OK balik, insyaAllah jika tiada aral melintang, saya akan memberikan cenderahati iaitu GVR 4.2 Special Edition khas kepada anda sebagai tanda terima kasih saya.
kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan boleh lah contact saya melalui email: shahrir1999 [at] yahoo.com
Sumbangan anda amat dihargai..
Perisian menghalang window daripada shutdown atau restart
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum..
Ada sesetengah malware melindungi dirinya dengan cara men-shutdown atau restart-kan pc apabila ada ‘aktiviti’ yang boleh mengugat dirinya. Jadi perisian ini adalah salah satu alat yang mesti ada untuk menghadapi malware jenis ini terutama untuk membuang malware secara manual.

Perisian yang saya maksudkan adalah ShutdownGuard. Perisian ini adalah open-source, untuk download, boleh lah ke laman web ini: http://code.google.com/p/shutdownguard
Cara Menganalisis File PDF yang meragukan..
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum..
Saya sekarang sedang belajar berkenaan dengan shellcode. Ingat nak buat satu tutorial untuk cara menganalisis pdf file yang meragukan, tapi terjumpa pula video tutorial dari Team Norwegian Honeynet Project. Jadi tak perlulah saya buat tutorial tersebut. Lagi pun video tutorial ini lebih lengkap. Selamat menonton: Analysing malicious PDF documents and shellcode.
Search
Download GVR 4.2 Beta
GVR Malware Definition
Twitter Updates
- Pengaturcaraan • Re: Share variable dlm VB March 11, 2010
- Cadangan Penambahbaikan • Re: First Malaysian AV Online Scanner March 11, 2010
- Log HijackThis • Re: x habis2 virus niiiii March 10, 2010
- Makmal Malware • Re: PEID W32.SALITY (Cara Detect Infection Sality) March 10, 2010
- Doktor PC • Re: Masalah Dgn Modem..mNtk tLG.. March 10, 2010
