GVR 4.2 Beta (Updated)
Posted in Home by ApoNie
Assalamulaikum..
GVR 4.2 nie masih dalam Beta, tapi saya dah fix beberapa masalah yang saya jumpa, masalah yang bukan kritikal tapi agak menganggu terutamanya masalah update. Pada sesiapa yang dah guna GVR 4.2 beta sebelum nie, saya rekomen download dan guna yang nie..
Untuk sebarang komen, maslaah bugs, cadangan dan permaslaahan berkaitan dengan GVR, bleh lah post kat forum kat SINI.
Yang nie saya dah buat installer punya version, selamat mendownload dan berpuasa..
Kenapa update windows sangat penting?
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum.. Sekadar berkongsi info
kesimpulan: update windows + jangan guna internet exploded (explorer).. :P
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum…
Di bulan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada umat islam di bumi Allah ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, insyaAllah.
Pejam celik, pejam celik, rupanya dah sebulan saya tak update laman web ini. Terasa sekejap benar masa berlalu. Mungkin saya sekarang terlalu sibuk, sibuk dengan belajar, sibuk memikirkan coding GVR, buat thesis sendiri, tolong buat thesis kawan, tolong buat thesis kawan kepada kawan, buat assigment sendiri, buat assigment kawan, buat assigment kawan kepada kawan.. Sibukkan? :-P
Ingat nak post beberapa hari lepas, tapi mengalami masalah dengan hosting (Hosting tengah maintenance). Hari ini hosting dah kembali normal, Alhamdulilah..
Berkenaan forum GeeKzLife, saya akan tutup forum tersebut dan mengguna forum MalaysiAV.com. Di harap pengunjung GeeKzLife akan memeriahkan forum MalaysiAV. Kat sana marilah kita berkongsi ilmu dan sama-sama menyelesaikan masalah komputer yang dihadapi oleh kawan-kawan kita. Kalau anda mempunyai masalah tertutama berkaitan dengan keselamatan, boleh lah post disana, kerana ada ahli-ahli yang profesional yang boleh membantu anda, insyaAllah.
Silent Update dalam GVR 4.2 Beta
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum..
Oleh kerana ramai yang keliru mengenai automatik update dalam GVR 4.2 Beta, jadi saya cuba terangkan secara detail mengenai automatik update.
Sebenarnya automatik update yang saya maksudkan adalah update tanpa kendalian user (silent update). Saya dah set masa tertentu untuk GVR akan automatik check signature baru jika komputer anda ada connection internet. Jadi anda tak perlu susah-susah nak update sendiri melalui menu yang disediakan dalam GVR tu.
Dengan kata mudahnya, kalau komputer anda sentiasa “online”, hanya bukak jer GVR tu, minimize je ke systray, GVR akan automatik update signature dan bagi amaran jika ada malware yang dikenali oleh GVR masuk ke komputer anda (Realtime protection). Anda duk jer buat kejer anda tanpa perlu risau pasal GVR, GVR mampu berdikari sendiri.. keh3.. :P
Kalau nak tahu fungsi silent update GVR berfungsi ke tak, leh rujuk gambar nie:
Gambar diatas nie menunjukkan GVR sebelum update (Ver 4.2.601), 601 tu adalah bilangan signature GVR terkini anda. (Current signature).
Gambar kat atas nie pulak bila dah update, jadi bleh tahu signature terkini anda ialah 2590.
Harap dengan penjelasan saya ini, anda sudah faham serba sedikit mengenai silent update.
p/s: kalau anda perasan, saya baru jer tambah 1400++ signature baru semalam..
p/s: what? openssh <= 5.2 zero day exploit code? hahaha.. abis laa.. (ref: http://lists.rootsecure.net/?p=view&l=full_disclosure&m=88002)
Malware Analisis..
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum..
setelah 2 hari guna program auto update signature (saya bagi nama GeeKz Auto Signature (GAS)), tak disangka boleh dapat 200++ signature baru dalam masa 2 hari. Kira berjaya gak ahh projek nie. Alhamdulillah.. Saya ada banyak lagi aidea untuk menaik taraf GAS, tapi kena buat research dulu ahh.. Mana tahu lepas nie leh collect signature 1000++ sehari? :P
Berdasarkan tajuk post kali ni, Malware analisis, tengah men-google tadi, terjumpa plak web nie: http://handlers.sans.org/pbueno. Kat web tersebut, anda boleh dapatkan report malware analisis challenge, boleh ahh tahu teknik-teknik yang digunakan untuk menganalisis malware. Walaupun report tersebut dah lama (tahun 2006), tapi teknik tersebut masih relevan untuk digunakan pada masa sekarang. Semoga bermanfaat
Search
Download GVR 4.2 Beta
GVR Malware Definition
Twitter Updates
- Pengaturcaraan • Re: Share variable dlm VB March 11, 2010
- Cadangan Penambahbaikan • Re: First Malaysian AV Online Scanner March 11, 2010
- Log HijackThis • Re: x habis2 virus niiiii March 10, 2010
- Makmal Malware • Re: PEID W32.SALITY (Cara Detect Infection Sality) March 10, 2010
- Doktor PC • Re: Masalah Dgn Modem..mNtk tLG.. March 10, 2010
