Category: Home

Selamat Tahun Baru 2009

Posted in Home by ApoNie

Dimulakan dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyanyang serta selawat dan salam Rasul junjungan SAW..

Assalamualaikum..

Walaupun sedikit lambat, saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru dengan azam baru :)

Berkenaan dengan GVR 4.2, saya mohon maaf kerana saya agak sibuk skit sekarang, kerana saya sedang menjalani latihan industri pada semester ini.. Tak dinafikan, version 4.2 nie adalah sukar untuk dibina dengan tenaga kerja saya seorang dan nak membuatnya semakin rumit.. Harap pengunjung semua faham.. ;)

Saya sedang menjalani latihan industri di Mycert (CyberSecurity Malaysia) selama 6 bulan. Tugas pertama yang saya pilih semasa berada disini ialah membina Sandbox untuk menganalisis malware. InsyaAllah, dengan sandbox yang akan dibina ini, akan memudahkan saya untuk menganalisis malware.. :)

INFO

Untuk sesiapa yang nak cuba Windows 7 Beta, boleh download terus di laman web microsoft:

Download

Terbaru

Beta tester diperlukan untuk GVR 4.2

Posted in Home by ApoNie

Assalamualaikum…

Saya memerlukan beta testing untuk GVR 4.2. Harap maaf, masa untuk develop GVR 4.2 ini agak lama skit dari apa yang dianggarkan. Kerana sentiasa ada masalah baru muncul apabila tengah testing.. Fenings kepala otak ana… hehe.. terutama bab nak buat real time protection..  Macam-macam masalah timbul.. Ana perasan banyak rambut ana  gugur sebab fikir benda alah nie.. :-p .  Kepada sesiapa yang berminat untuk jadi beta tester, leh masuk ke sini untuk maklumat lanjut: http://forum.geekzlife.net/viewtopic.php?f=9&t=106

Untuk pengetahuan pengunjung, saya dan kawan-kawan ada membina satu web baru iaitu MalaysiAV.com. Tujuan utama laman web ini dibina adalah untuk memberikan infomarsi tentang masalah malware dan keselamatan yang menyerang pengguna terutama di Malaysia. Laman web tersebut masih dalam perbinaan, tetapi forum kami bina sudah mula beroperasi. Segala permasalahan/pengetahuan tentang malware, atau keselamatan lainnya boleh la anda dibincangkan disini : http://MalaysiAV.com/forum :-)

Harap semua pengunjung dapat memberi sokongan kepada laman web ini. :)


Terbaru:

GVR 4.2 Dengan Realtime Protection Coming Soon…

Posted in Home by ApoNie

Assalamualaikun..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang, dan selawat keatas Rasul jujungan SAW..

Setelah beberapa hari domain GeeKzLife.Net down.. Hari ini dah kembali OK.. Alhamdullilah..

Saya sekarang dah abih exam.. Cuti dalam sebulan lebih.. Masa cuti ini banyak juga projek penambahan ilmu dirancang.. Salah satunya, insyaAllah dalam masa terdekat, GVR 4.2 akan keluar dengan Realtime Protection (RTP).. Sekarang dah hampir 70% siap.. yang 30% hanya untuk fungsi-fungsi sampingan dan checking stability.. Di harap pengguna GVR sabar menunggu keluaran terbaru nanti.. :)

Updated:

GVR 4.1 Fixed + Enjin Baru

Posted in Home by ApoNie

Dimulakan dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyanyang serta selawat dan salam Rasul junjungan SAW..

Assalamualaikum..

Setelah ada beberapa masalah dengan GVR sebelum nie, jadi saya fix balik semua masalah tu + dengan enjin baru yang dapat detect polymorphic virus.. Harap pengunjung/pengguna GVR dapat download yang terbaru nie.. ;)

Peperiksaan dah dekat, assignment pon banyak, jadi saya berhenti dulu update GVR, tapi virus definition insyaAllah jika ada kesempatan, saya selalu update.. ;)

[link-4shared.com]

  • GVR 4.1 Portable

  • GVR 4.1 Setup

[link-Savefile.com]

  • GVR 4.1 Portable

  • GVR 4.1 Setup

GVR 4.1 Fixed

Posted in Home by ApoNie

Dimulakan dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyanyang serta selawat dan salam Rasul junjungan SAW..

Assalamualaikum..

Al-fatihan untuk kawan saya yang telah meninggal dunia pada malam raya pertama dalam kemalangan jalan raya.. Kebetulan saya berada di tempat kejadian selepas sahaja kemalangan berlaku. Teruk jugak ahh kemalangan tu.. membuatkan saya rasa fobia nak naik motorsikal 2-3 hari.. per2 pon, marilah sama-sama doakan roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Ameen..

Mengenai GVR pula, saya ada fix beberapa coding dalam GVR 4.1 untuk performance yang lebih baik dan menaik taraf enjin GVR.. Yang terbaru nie, GVR sudah mampu mendeteksi dan membuang virus yang menggunakan teknik aktif melalui “scheduled tasks” dan “Random script” seperti virus Bunga_X.. Harap semua penguna GVR download GVR yang terbaru nie..;)

Kemasakini (08 october 2008, 5.00 AM): Sesiapa yang download GVR sebelum pukul 5.00 AM 8 October 2008, sila download balik yang baru nie.. Kesulitan amat dikesali..

GVR 4.1 Portable

GVR 4.1 Setup


Search

Download GVR 4.2 Beta

GVR Malware Definition

Twitter Updates

ShoutBox

Hosting Sponsor By

Langgan GeeKzLife.Net

Enter your email address:

Pautan