Tutorial RCE Dalam Bahasa Melayu
Posted in Home, Tutorial by ApoNieAssalamualaikum…
Sudah lama kawan saya bagi tutorial RCE oleh AncientOne (arwah), sekarang baru teringat untuk post. Harap ilmu yang anda dapat melalui tutorial ini dapat digunakan pada jalan yang baik.
25 kesilapan yang berbahaya dalam mengaturcara
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum..
Seringkali kita mendengar laman web digodam oleh pengodam yang tak beretika atau lebih malang oleh “script kiddies”. Sebab utama laman web boleh digodam adalah kerana kesilapan (bugs) dalam pengaturcaraan. Oleh itu, kepada pengaturcara komputer yang baru, atau yang masih lagi tidak mengimplementasi aspek keselamatan dalam pengaturcaraan, khususnya untuk pembangun laman web, sila baca rujukan berikut:
Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau inginkan bantuan berkaitan dengan keselamatan dalam pengaturcaraan, bolehlah post di forum MalaysiAV.com
Semoga bermanfaat
Perubahan besar untuk GeeKzLife
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum…
Sempena tahun baru ini, saya ada merancang untuk membuat perubahan untuk website ini. Perubahan akan dilakukan secara berperingkat. Dari segi apa perubahan berlaku itu, nanti anda akan tahu sendiri..
Forum MalaysiAV.com pon dah UP balik, saya tak tahu siapa yang UPkan balik. Terima kasih banyak-banyak pada siapa yang upkan balik Malaysiav.com, hanya Allah saja mampu membalas budi anda.
Jadi jom lepak ramai-ramai kat sana…..
GVR 4.2 seperti biasa, memang tak leh nak publish lagi, sebab ada jer bugs baru jumpa bila buat testing. Untuk pengetahuan anda, GVR 4.2 sedang dibina untuk dapat access pada ring 0 (aras sama ngan driver), untuk membolehkan GVR mampu untuk detect dan buang malware yang lebih “degil”. Dengan ilmu sekangkang kera ini, memang ambil masa sedikit untuk siapkan. Yang pasti, banyak Antivirus yang akan detect malicious activity pada GVR nanti (yang sekarang pun dah banyak). Saya pun tak pasti camner nak solve problem tu. Nanti ahh saya fikirkan balik.
Cara Menghindari Terkena Jangkitan Malware
Posted in Home, Tips And Trick by ApoNieAssalamualaikum…
Salah satu cara selamat untuk menghindari dari dijangkiti malware terutama semasa melayari internet ialah dengan menggunakan Sandboxie. Sandboxie adalah perisian percuma yang berfungsi menjalani apa-apa perisian dalam “ruang” yang diasingkan dengan sistem sebenar anda. Ini bermakna, apa-apa kelakuan perisian, termasuk malware, yang dijalankan melalui sandboxie tidak akan memberi kesan kepada sistem sebenar anda. Jadi anda selamat untuk melayari internet tanpa bimbang komputer anda dijangkiti malware.
Sandboxie tidak terhad untuk digunakan untuk melayari internet secara selamat sahaja, tapi anda juga boleh menggunakannya untuk menjalani apa-apa perisian yang mencurigakan, terutama perisian yang “illegal” seperti “crack”, kerana ada pihak tertentu yang selalu mengambil kesempatan menipu dengan menyediakan “crack” yang telah digabungkan dengan malware.
Di bawah ini adalah gambar bagaimana cara sandboxie berfungsi:
Anda boleh menonton video dibawah ini untuk mengetahui cara menggunakan sandboxie:
Untuk download perisian sandboxie ini, sila layari laman web utama sandboxie: www.sandboxie.com.
Semoga bermanfaat
Malware pada linux?
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum…
Untuk pengetahuan anda, malware juga wujud dalam linux. Video dibawah adalah contoh pembinaan malware ringkas untuk menjangkiti linux
Source: http://securitytube.net
pengajaran:
Jika anda mengguna linux, jangan percaya 100% dengan installer atau program yang anda muat-turun, terutama dari sumber-sumber yang mencurigakan. Sebelum jalankan program tersebut, sila kenal pasti dahulu yang program tersebut adalah selamat.
Search
Download GVR 4.2 Beta
GVR Malware Definition
Twitter Updates
- Makmal Malware • Re: PEID W32.SALITY (Cara Detect Infection Sality) March 11, 2010
- Pengaturcaraan • Re: Share variable dlm VB March 11, 2010
- Cadangan Penambahbaikan • Re: First Malaysian AV Online Scanner March 11, 2010
- Log HijackThis • Re: x habis2 virus niiiii March 10, 2010
- Doktor PC • Re: Masalah Dgn Modem..mNtk tLG.. March 10, 2010

