Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum…
Di bulan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada umat islam di bumi Allah ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, insyaAllah.
Pejam celik, pejam celik, rupanya dah sebulan saya tak update laman web ini. Terasa sekejap benar masa berlalu. Mungkin saya sekarang terlalu sibuk, sibuk dengan belajar, sibuk memikirkan coding GVR, buat thesis sendiri, tolong buat thesis kawan, tolong buat thesis kawan kepada kawan, buat assigment sendiri, buat assigment kawan, buat assigment kawan kepada kawan.. Sibukkan? :-P
Ingat nak post beberapa hari lepas, tapi mengalami masalah dengan hosting (Hosting tengah maintenance). Hari ini hosting dah kembali normal, Alhamdulilah..
Berkenaan forum GeeKzLife, saya akan tutup forum tersebut dan mengguna forum MalaysiAV.com. Di harap pengunjung GeeKzLife akan memeriahkan forum MalaysiAV. Kat sana marilah kita berkongsi ilmu dan sama-sama menyelesaikan masalah komputer yang dihadapi oleh kawan-kawan kita. Kalau anda mempunyai masalah tertutama berkaitan dengan keselamatan, boleh lah post disana, kerana ada ahli-ahli yang profesional yang boleh membantu anda, insyaAllah.
Search
Download GVR 4.2 Beta
GVR Malware Definition
Twitter Updates
- Pembangunan Permainan • Re: Unity 3D game engine. March 18, 2010
- Lapor Masalah/Bugs • Re: MalaysiAV.com xleh ACCES? March 17, 2010
- Pengaturcaraan • Re: batch file tut March 17, 2010
- Doktor PC • Re: Problem dengan Adware Ezula March 17, 2010
- Pengaturcaraan • Re: Share variable dlm VB March 17, 2010
