Silent Update dalam GVR 4.2 Beta

Posted in Home by ApoNie

Assalamualaikum..

Oleh kerana ramai yang keliru mengenai automatik update dalam GVR 4.2 Beta, jadi saya cuba terangkan secara detail mengenai automatik update.

Sebenarnya automatik update yang saya maksudkan adalah update tanpa kendalian user (silent update). Saya dah set masa tertentu untuk GVR akan automatik check signature baru jika komputer anda  ada connection internet. Jadi anda tak perlu susah-susah nak update sendiri melalui menu yang disediakan dalam GVR tu.

Dengan kata mudahnya, kalau komputer anda sentiasa “online”, hanya bukak jer GVR tu, minimize je ke systray, GVR akan automatik update signature dan bagi amaran jika ada malware yang dikenali oleh GVR masuk ke komputer anda (Realtime protection). Anda duk jer buat kejer anda tanpa perlu risau pasal GVR, GVR mampu berdikari sendiri.. keh3.. :P

Kalau nak tahu fungsi silent update GVR berfungsi ke tak, leh rujuk gambar nie:

sebelum

Gambar diatas nie menunjukkan GVR sebelum update (Ver 4.2.601), 601 tu adalah bilangan signature GVR terkini anda. (Current signature).

selepas

Gambar kat atas nie pulak bila dah update, jadi bleh tahu signature terkini anda ialah 2590.

Harap dengan penjelasan saya ini, anda sudah faham serba sedikit mengenai silent update. ;)

p/s: kalau anda perasan, saya baru jer tambah 1400++ signature baru semalam.. :)

p/s: what? openssh <= 5.2 zero day exploit code? hahaha.. abis laa.. (ref: http://lists.rootsecure.net/?p=view&l=full_disclosure&m=88002)

Malware Analisis..

Posted in Home by ApoNie

Assalamualaikum..

setelah 2 hari guna program auto update signature (saya bagi nama GeeKz Auto Signature (GAS)), tak disangka boleh dapat 200++ signature baru dalam masa 2 hari. Kira berjaya gak ahh projek nie. Alhamdulillah.. Saya ada banyak lagi aidea untuk menaik taraf GAS, tapi kena buat research dulu ahh.. Mana tahu lepas nie leh collect signature 1000++ sehari? :P

Berdasarkan tajuk post kali ni, Malware analisis, tengah men-google tadi, terjumpa plak web nie: http://handlers.sans.org/pbueno. Kat web tersebut, anda boleh dapatkan report malware analisis challenge, boleh ahh tahu teknik-teknik yang digunakan untuk menganalisis malware. Walaupun report tersebut dah lama (tahun 2006), tapi teknik tersebut masih relevan untuk digunakan pada masa sekarang. Semoga bermanfaat ;)

Auto update definition setiap masa!

Posted in Home by ApoNie

Assalamualaikum..

Daripada feedback yang saya dapat, GVR 4.2 Beta berfungsi dengan baik. Jadi saya syorkan anda menggunakan GVR 4.2 untuk sementara waktu ;). Leh download GVR 4.2 Beta Disini:

Download

Berdasarkan tajuk post, sebenarnya saya dah lama merancang untuk membuat satu software yang automatik update virus definition setiap kali menjumpai signature dan malware terbaru di internet. Oleh itu, virus definition GVR akan sentiasa update tanpa kendalian saya. Alhamdulillah, saya dah berjaya siapkan software tersebut. Sekarang nie pon dah “ON” program tu. Dengan fungsi silent update dalam GVR 4.2 Beta, maka anda tak perlu nak susah-susah update secara manual signature terbaru. ;)

Jadi, Sekarang nie, GVR dah melangkah selangkah kedepan dengan adanya Realtime Protection dan signature yang sentiasa diupdate. :) Saya masih ada banyak projek dan aidea lagi untuk pembagunan GVR, sama-samalah doakan supaya semua itu dapat direalisasikan.. amin…

GeeKzLife.Net Kembali..

Posted in Home by ApoNie

Assalamualaikum..

Komputer saya sekarang dah ’sihat’.. Terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan kepada saya. Sumbangan anda amat dihargai :)

Entah apa lah malangnya nasib saya ini, masalah baru muncul. Hardisk saya rosak, semua coding terbaru saya termasuk lah GVR 4.2 turut menjadi mangsa. Saya pernah buat backup sebelum ni, tapi backup tu dah lama. Yang ada hanya coding GVR sebelum keluaran GVR 4.2 Beta. Memang jauh ahh beza antara coding yang backup tu dengan yang terbaru. Adeh… memang penat ahh nak buat balik.. dah ahh sorang2.. sob3.. (TT) .. :( data-data lain yang penting pon turut lesap.. sob2 :((

Kadang-kadang ada gak terfikir nak stop buat GVR nie, nak buat software lain plak ahh, yang tak sakit kepala, cam sistem pendaftaran kolej, sistem penyelanggaraan parking, sistem tadbir pusat tution, yang jenis tak perlu nak update, xperlu nak kaji kernel lah, hookinglah, API, virus, trojan, rootkit, worm, yang boleh mengugurkan rambut bila mempelajarinya…

Tapi mengenangkan ramai yang memberi sokongan kepada saya, saya cuba kuatkan diri untuk teruskan develop GVR.. Walaupun mungkin terpaksa menambah ketebalan spek mata, megugurkan rambut dan janggut saya.. :) Saya meminta maaf kerana GVR 4.2 xleh nak release dalam masa terdekat. Dah banyak kali cakap nak release, tapi apa kan daya, saya berusaha, Allah menentukan. Sama-sama doakan saya supaya dapat code GVR dengan baik.. Amin….

Search

Download GVR 4.2 Beta

GVR Malware Definition

Twitter Updates

ShoutBox

Hosting Sponsor By

Langgan GeeKzLife.Net

Enter your email address:

Pautan